PROGRAM SUMBANGAN LAJNAH PERPADUAN NASIONAL PAS MUAR DAN ADUN MAHARANI BERSAMA MASYARAKAT INDIA
writen by dun maharani
Masyarakat India merayakan Hari Deepavali pada hari Sabtu 17 Oktober 2009.Untuk meraikan hari tersebut Lajnah Perpaduan Nasional PAS Muar di bawah pimpinan Sdr Abdul Razak Sulaiman bersama ADUN Maharani,YB Dr Mohammad Taslim,telah mengadakan majlis menyampaikan sumbangan merupakan hamper dan wang tunai kepada masyarakat India dalam DUN Maharanipada hari Jumaat 16 Oktober 2009 . Majlis diadakan di rumah Sdr Maniam di Taman Mawar Jalan Abdul Rahman Muar.Sdr Maniam adalah Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kaum India Maharani. Sebelum ini YB Dr Mohammad telah mengadakan Khidmat Rawatan Perubatan percuma di tempat yang sama.
Majlis turut dihadiri oleh Sdr Vijian,seorang anak tempatan yang menjadi Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya,Selangor,mewakili masyarakat India,YBhg Ustaz Abu Bakar Mohd Lajat ( YDP PAS Muar), Sdr A Razak Sulaiman (Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Muar), Sdr Malik Md Diah (Naib YDP PAS Muar dan bekas calon PAS DUN Sg Balang), Sdr Rozi Md Nor (Pengerusi Lajnah Kebajikan), Sdr Hamidun Omar (Pegawai Tadbir DUN Maharani) , Puan Rubiah Raffee (isteri YB Dr Mohammad) dan AJK PAS Kawasan/DUN Maharani.YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani, telah diberi penghormatan merasmikan majlis tersebut
Kehadiran rakan-rakan masyarakat India sungguh menggalakkan walaupun mereka sebuk membuat persiapan Deepavali, sempat juga bersama dalam program ini sebagai menunjukkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.Sebanyak 38 dan wang tunai hamper telah disampaikan kepada kaum India yang layak menerima sebagai tanda ingatan PAS Muar kepada mereka sempena menyambut Deepavali tahun ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan